Eco World Majestic, Semenyih
Wednesday, March 02, 2016
Hye assalamualaikum
Husband dari minggu lepas duk ajak pergi Eco World Majestic ni. I was like. Pebenda yang menarik sangat kat sini? So we decide nak pergi time saya off iaitu Isnin yang lepas. Saya off Isnin tapi petang tu dia ada kelas T_T so saya terus ikut dia pergi universiti la pastu.
Eco World ni terletak di Semenyih. Nak bagi tau exact location pun tak boleh sebab saya pon pakai waze je. tehee. Then lepas drive selama lebih kurang 45 minit dari Bangi, and here we go.
Tadaa ~ Dah sampai pun! :D Masuk je jalan utama Eco World ni dah rasa excited gila. Terus aura macam duk obersea meresap dalam diri. haha. Over kan? Jalan utama masuk dia pun dah cantik sangat kan. Kat dalam apetah lagi. Fuh. Tak sabar ni. Dah jom cepat masuk!


Nah! Sebesar gedabak saya amik gambar Eco World ni untuk korang. Dah macam white house pulak kan sume warna putih. Nampak je kecik tapi besar jugak dalam dewan dia ni. Eh tunggu. Tak boleh masuk lagi taw taman dia. Kalau korang masuk gitu je memang kena tahan dengan guard suruh korang pergi amik something kat dalam dewan ni.
Baca ni dulu ok before korang masuk sebab saya dah ada nampak pasangan yang kena tahan dengan guard sebab tak pakai wristband yang di provide oleh pihak Eco World. So camne nak dapatkan wristband tu? Senang je, korang masuk dalam bangunan putih yang saya tunjuk gambar before ni then pergi dekat kaunter. Masa saya pergi ada 3 orang yang jaga kat kaunter and jangan takut diorang tak garang, senyum je kat saya :) Just tulis nama,email dan nombor phone then diorang akan bagi ni
-
-
-
-
-
Tehee. nah. Gelang kertas tu lah yang korang kena pakai sepanjang ada kat dalam kawasan Eco World. Ni saya saja mengada letak gambar dengan husband.
Basically ada 4 konsep negara yang diorang perkenalkan dalam Eco World ni iaitu London, Shanghai, Paris dan Amsterdan. Semua saya excited sebab mana pernah pergi semua negara kat atas ni. sobs.

Allah. Ni betul ke Malaysia? sebab cantikkkkkk sangat waahhh nak menangis rasa.Serius sangat cantik bagi saya yang tak pernah tengok live kebun bunga. Yang saya tahu warna kuning tu je bunga matahari yang lan tak pasti tak tahu nama. haha. Rasa tenang je tengok kebun bunga bungaan yang segar dalam kawasan yang agak luas.

Ko tengok la dia ni. Habis rabak bunga matahari dia g langkah semata-mata nak bergambar eh sory la ye iols terexcited pulak. hewww. Tapi tak rosak pon saya langkah dengan hati-hati taw. mihmih. First time tengok cantik sangat sunflower ni taw.

Sepanjang dekat tepi susur gajah ni diorang tanam dengan pokok-pokok renek. So memang fefeling dalam taman la ye bila jalan dalam ni. Kalau datang dengan suami memang agak romantik la tapi ehhh lupa pulak bawak payung maka berpanaslah kita sepanjang kat sini dah la tengah hari pukul 12. :'D
Em payung warna warni tergantung macam ni maybe dah cliche sangat kan sebab banyak tempat dah buat camni contoh Kampung Cina dekat Kuala Terengganu. Ok takpe kita teruskan lagi mana taw jumpa yang lagi menarik.

Yang ni memang luar biasa! Cantikkk sangat dia punya pemandangan. Memang akan buat kita rasa macam stay kat luar negara ok. p/s: ada mak cik ngn anak lelaki dia duk amik gambar ala-ala tengah perah susu lembu, eh memang idokk la kita nak ambik gambar gitu malu kott hahaha even husband duk cakap pergi la awak.
Pemandangan dari jauh. Nothing to say just nyaman sangat :')
Ni lah rupa kincir angin dia. Tak sure diorang letak apa dekat kincir tu tapi nampak macam rumput hiasan dengan batu-batuan kecil. Motip letak emoticon air coke? hahaha sebab ada gambar foreigner yang agak seksi tu yang cover dengan botol coke.

Eh ada rumah? Macam pelik pulak ada rumah kat tengah-tengah ni kan. Tapi tak boleh masuk guard cakap sebab dia buka hari minggu ja. Kalau datang hari minggu sabtu ahad baru boleh masuk ye. Tak pasti la pulak ni rumah contoh untuk dijual ke apa tak tanya detail dengan guard kat situ.

Nak fefeling duk London boleh lah amik gambar dekat public phone ni.

Eh jumpa lagi rumah dan yang ni cantikkkk sangat design tengok dah terover sekali lagi maap :'D
Tak dapat bergambar kat dalam kat luar pon jadi la kan hiks

Best sangat lepak tepi tasik dia ni sebab dapat tengok semua view dari sini.
Eh my fav colour pun ada :D Kincir angin warna pink cantik gak.

Ni saya amik view Eco World dari atas jambatan. Haih penat dah nak cakap cantik tapi memang lawoo ~
Dari rumah lagi husband duk cakap nak amik gambar dekat eiffel tower je. Ok lah kita tunaikan permintaan dia ni. Husband pemalu sikit so memang tak ada pose-pose bagai lah memang berdiri tegak je tiap kali amik gambar. haha
Okay dah penat jalan-jalan kita singgah kejap sebelum balik. Dalam ni diorang ada sediakan beberapa tempat duduk. Buai laju-laju pon ada hokay. haha
Tukang bawa handbag saya kalau saya dah lenguh :')
Alaa segan aa camni nak letak gambar selfie tapi takpe saya letak jugak satu. mehee
Okay last post before kita balik. mehee. Nice sangat combination warna yang diorang susun.

It's time to go back sebab lepas ni husband ada kelas pukul 2.30 kena bertolak awal. Uni dia jauh gak dekat sejam hoho.
So setakat ni jela saya dapat share dengan korang. Banyak lagi tempat tak amik gambar sebab panas gila masa tu kan saya lupa bawa payung sobs. Tempat ni dibuka untuk masuk percuma sehingga 5 Mac ni tapi saya tak sure korang kene google balik hokay :) Ni alamat dia tapi saya waze je hari tu senang hiks!:D
Lingkaran Eco Majestic,
Eco Majestic, Malaysia,
43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Thank you for reading this entry! :)
2 comments
bestnyaa po! kita pun nak g jugak haritu tapi jauhh sangat. takleh fefeeling obersi huhuu
ReplyDeletehehehe. takpe kak can. tunggu yang next pulak kalau ada. :)
Delete