Tempat Makan Sedap & Murah
Wednesday, March 09, 2016
Hye assalamualaikum
Memandangkan ekonomi sekarang tak berapa nak baik, jadi kita harus ambil inisiatif untuk berjimat cermat. ewah ayat karangan pulak haha. Saya dan husband memang suka cuba tempat makan yang baru sebab nak kan kelainan. Kalau sedap kitorang datang again and again dan kalau sebaliknya memang tak kan jejak kaki dah lah.
I bet mesti most of us macam ni kan. Yelah sape nak pergi tempat makan yang tak sedap pastu mahal pulak kan harga dia.
So kali ni saya nak introduce tempat makan yang best, selesa, murah dan yang paling penting sedap. Sedap dia tak de lah sampai taraf hotel 4 atau 5 bintang menipu naw tapi kalau korang pergi sekali memang akan datang lagi lah jawab nya! giteww. Maybe ramai dah cuba kot kat sini cuma saya yang terlambat takpela nak cite jugak.
Restoran ni terletak di luar bangunan PKNS Bangi tapi dekat Bangi ni ada lagi beberapa cawangan dia yang lain. Saya dah cuba cawangan lain tak berapa sedap sangat soryy maybe depend atas kedai kot sebab tukang masak dia kan lain-lain. Tapi yang dekat PKNS Bangi ni memang sedap taw.
Ni jalan masuk dia dan kalau belok kiri pergi McD. Nampak lambang McD?
Nah dah sampai pon depan Restoran Sate Kajang Hj Samuri. Restoran nilah yang saya duk cerita dari tadi tehee. Semua staf dalam ni orang Indonesia yelah dah nama pon pemilik restoran berasal dari Indonesia tetapi berhijrah ke Malaysia iaitu Datuk Samuri Juraimi.
Nasi ayam dia sedap dan yang sup tu paling superb sampai saya angkat mangkuk pergi kaunter nak tambah sup. kih3. Ish tak sopan kan :'D Ayam yang dia bagi besar gak dan cuba teka harga nasi ayam dia berapa. RM 4.50 je kottt. Ye betol.
Semua harga menu dia bermula dengan RM 4.50 sahaja dan yang paling mahal pun just RM 5.50 je wehh.Berbaloi-berbaloi okayy. Kitorang selalu order air milk tea dia sebab saya rasa milk tea dia tu macam yang cool blog punya eh? over betol kan pira ni. haha. Saya rasa maybe dia guna creamer powder kot instead of guna susu pekat sebab rasa dia lain sangat dengan teh susu kat restoran lain.
Ni first time kitorang try satey diorang and rasa dia sedapp gak. Saiz sedang-sedang tak terlampau kecik dan besar.
So here nah ni bil yang kitorang makan tadi. Murah kan? Sangat murah lah kalau compare dengan restoran-restoran yang lain. Restoran ni dah jadi port makan saya dengan husband kalau time saya tak masak kat rumah hiks. So contoh kalau dalam pulse korang ada RM 10 tapi still nak makan nasi dengan air plus satay boleh la datang sini. RECOMMENDED! :D
Thank you for reading this entry! :)
0 comments